Soalan Lazim
Pinjaman Kenderaan
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan pinjaman kenderaaan ialah :-
- Surat sokongan menggunakan Letter Head Jabatan
- Salinan kad pengenalan yang diakui sah
- Salinan lesen memandu yang diakui sah
- Salinan slip gaji terkini yang diakui sah
- Sebut harga daripada pembekal atau Sijil Nilaian daripada JKR (bagi kereta terpakai)
- Senarai tugas
Syaratnya adalah seperti berikut:-
- Jumlah potongan bulanan untuk pembelian kenderaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok anggota dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun.
- Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.
- Skim pembiayaan ini ditawarkan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam yang bertaraf tetap atau yang berkhidmat secara kontrak dan dibenarkan membuat pinjaman kenderaan setiap lima tahun sekali dengan syarat pembiayaan terdahulu telah selesai. Bagi pegawai yang dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak dikehendaki menyediakan dua orang penjamin yang telah disahkan dalam perkhidmatan.
- Pendapatan minimum untuk permohonan pinjamanmembeli kereta adalah sebanyak RM1,320.00 sebulan (kelulusan khas perlu diperolehi bagi gaji kurang daripada RM1,320).
- Surat perjanjian pembiayaan kenderaan adalah dikehendaki disetem secukupnya berdasarkan kepada amaun pembiayaan Kerajaan di mana bagi setiap RM500.00 atau sebahagian darinya RM2.50.
- Bagi pembelian kenderaan terpakai hendaklah dinilai dan dikeluarkan sijil nilaian kenderaan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.
- Seseorang anggota yang mendapat pembiayaan membeli kenderaan hendaklah menyerahkan resit / invois bagi kenderaan yang dibelinya kepada pegawai yang meluluskan permohonannya dalam tempoh 30 hari selepas cek bayaran diterima beserta nota takaful (cover note) atau sijil takaful kenderaan (komprehensif) dan buku pendaftaran kenderaan yang telah dicatat "Hak Milik Dituntut Oleh Kerajaan".
- Jumlah pembiayaan tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran sumbangan takaful dan lain-lain bayaran tambahan yang berkenaan kepada kenderaan tersebut.
- Harga bersih kenderaan ialah harga kenderaan yang dilulus oleh Kerajaan dicampur dengan cukai eksais, cukai jualan hawa dingin, getah pelapik lantai dan penahan lumpur.
- Selagi pembiayaan belum lagi selesai sepenuhnya :-
- Pegawai hendaklah menyertai takaful kenderaan (komprehensif). Jumlah yang diperlindungkan yang diambil pada tiap-tiap tahun hendaklah tidak kurang dari baki pembiayaan yang belum diselesaikan.
- Pegawai tidak boleh menjual, memindah hak milik atau menggadaikan kenderaan tersebut tanpa kebenaran khas dari Perbendaharaan.
Tempoh-tempoh maksima bayaran balik bagi pinjaman kenderaan adalah seperti berikut:-
- Kereta baru tidak melebihi 96 bulan
- Kereta terpakai tidak melebihi 84 bulan
- Motorsikal baru tidak melebihi 72 bulan
- Motorsikal terpakai tidak melebihi 48 bulan
- Motobot tidak melebihi 48 bulan
- Enjin motobot tidak melebihi 48 bulan
- Bot tidak melebihi 24 bulan
- Basikal tidak melebihi 20 bulan
| Jenis Kenderaan | Had Pinjaman RM |
|---|---|
| i. Membeli Kereta | |
| Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas | 60,000 |
| Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54) | 55,000 |
| Kumpulan Sokongan (Kelulusan khas bagi gaji RM1,320 ke bawah) | 45,000 |
| ii. Membeli Motorsikal | 5,000 |
| iii. Membeli Motobot | 4,000 |
| iv. Membeli Enjin Motobot | 3,500 |
| v. Membeli Bot | 700 |
| vi. Membeli Basikal | 500 |
Akaun
Dokumen sokongan yang diperlukan untuk pengantian cek adalah seperti berikut :
- Bagi kesilapan ejaan nama dan no kad pengenalan, surat jabatan, surat pemohon dan salinan kad pengenalan diperlukan
- Bagi pertukaran nama syarikat, salinan surat SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) Borang A iaitu pemilikan syarikat
- Bagi penama yang telah meninggal dunia, salinan surat Ideminity Bond
- Bagi kesilapan no. akaun, penyata bank bagi tahun semasa dan akaun aktif diperlukan
- Patikan dokumen sokongan diakui sah oleh pegawai
Gaji
Hasil
i.Hasil Cukai
- Cukai Langsung; seperti Cukai tanah
- Cukai Tidak Langsung; seperti duti hiburan
ii.Hasil Bukan Cukai
- Lesen, bayaran pendaftaran dan permit
- Perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan
- Perolehan dari jualan barang-barang
- Sewaan
- Faedah dan perolehan dari pelaburan
- Denda dan hukuman
iii.Terimaan Bukan Hasil
- Pulangan balik perbelanjaan; seperti Bayaran balik pinjaman
- Terimaan daripada agensi-agensi kerajaan; seperti Pemberian hitung kepala
- Tanah
- Air
- Hutan
- Terimaan daripada Kerajaan Persekutuan
Kewangan
Pegawai tersebut layak menuntut tambang perjalanan, Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing dan Elaun Makan/Elaun Harian dengan kadar bertugas rasmi sekiranya pegawai atau ahli keluarga pegawai dirujukkan untuk mendapat rawatan di luar stesen dengan syarat pegawai/ahli keluarga pegawai tidak dimasukkan ke wad.
Pegawai layak menuntut kemudahan di atas bagi seorang pengiring untuk tempoh tidak melebihi lima hari sekiranya pegawai perubatan mengesahkan bahawa pesakit memerlukan seorang pengiring.
Untuk tujuan mengiring, pegawai perlu mengambil cuti rehat atau cuti lain yang beliau berkelayakan.
Perolehan
Perolehan Kerajaan
i- Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan Kerajaan
Prinsip-prinsip perolehan kerajaan adalah seperti berikut:
- Akauntabiliti awam (public accountability)
- Diuruskan secara telus (transparent)
- Nilai faedah yang terbaik (best value for money)
- Saingan terbuka (open competition)
- Adil dan saksama (fair dealing)
Undang-undang dan peraturan berkaitan dengan perolehan Kerajaan termasuklah:
- Akta Acara Kewangan 1957 (Disemak 1972)
- Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120)
- Arahan Perbendaharaan
- Surat-surat Pekeliling Perbendaharaan
- Pekeliling-pekeliling Kontrak Perbendaharaan
- Surat-surat Arahan Perbendaharaan
- Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan melalui penggunaan bahan/barangan tempatan dan penggunaan sektor perkhidmatan tempatan;
- Mempertingkatkan keupayaan industri tempatan melalui pemindahan teknologi;
- Menggalakan penglibatan usahawan Bumiputera; dan
- Memelihara dan mempertahankan kepentingan dasar perolehan kerajaan bagi mencapai objektif nasional dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
Dengan penguatkuasaan SSPK, sijil-sijil yang akan dikeluarkan oleh CIDB dan PKK adalah seperti berikut:
- Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB;
- Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB; dan
- Sijil Taraf Bumiputera (STB) oleh PKK.
Gred dan had kewangan yang berkuat kuasa adalah seperti berikut:
GRED HAD KEWANGAN -KONTRAKTOR KERJA BANGUNAN / AWAM / MEKANIKAL
G1 - RM200,000 dan ke bawah
G2 - Melebihi RM200,000 hingga RM500,000
G3 - Melebihi RM500,000 hingga RM1,000,000
G4 - Melebihi RM1,000,000 hingga RM3,000,000
G5 - Melebihi RM3,000,000 hingga RM5,000,000
G6- Melebihi RM5,000,000 hingga RM10,000,000
G7 - Melebihi RM10,000,000
GRED HAD KEWANGAN -KONTRAKTOR KERJA ELEKTRIK
G1- Sehingga RM200,000
G2 - Sehingga RM500,000
G3 - Sehingga RM1,000,000
G4 - Melebihi RM1,000,000 hingga RM3,000,000
G5- Melebihi RM3,000,000 hingga RM5,000,000
G6 - Melebihi RM5,000,000 hingga RM10,000,000
G7- Melebihi RM10,000,000 dan keatas
Pengurusan Aset
Operasi
- Pertambahan beban kerja pemantauan baki tahun terdahulu.
- Perancangan tahun semasa akan terjejas atau berkurangan akibat pembayaran AP58 (a) kerana tanggungan tahun sebelumnya dibenar pada tahun semasa.
Maklumat yang diperlukan semasa permohonan AP58(a) ialah :
- Kod Vot, kod Jabatan, kod PTJ, Kod program/aktiviti
- Kod objek sebagai
- Baki peruntukan tahun perbelanjaan dan tahun semasa
- Amaun yang terlibat
- Sebab-sebab kelewatan
- Pinjaman yang bertanggungjawab di atas kelewatan
- Pengesahan ke Jabatan/PTJ
- Salinan bil, invois atau lain-lain dokumen
- Salinan surat atau dokumen sebagai bukti
- Nama dan jawatan pegawai yang bertanggungjawab atas kelewatan bayaran
- Dokumen-dokumen lain yang difikirkan ada kaitan
- Dua salinan Ap 58 (a) selesai semua butiran maklumat yang diperlukan.
- Salinan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.
Daftar bil hendaklah diselenggara menurut Arahan Perbendaharaan 103. Bil dan tuntutan yang diterima hendaklah dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna.
Ketua jabatan atau Ketua pejabat atau wakilnya yang diberi kuasa hendaklah memeriksa daftar ini sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan dengan menandatangan ringkas.
Seksyen Pemantauan Perakaunan
Pemantauan
i- Audit Tunai
Mengikut Arahan Perbendaharaan 145 yang memperuntukkan supaya buku tunai dan dokumen-dokumen sokongannya hendaklah dikemukakan kepada Bendahari Negeri dalam tempoh 10 hari selepas akhir tiap-tiap satu bulan. Sekiranya tiada apa-apa hasil yang dipungut bagi bulan yang berkenaan, maka dokumen – dokumen berikut hendaklah dihantar untuk makluman dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Arahan Perbendaharaan 145:
- Buku tunai ” TIADA “
- Kew 253
- Kew 68
Dokumen – dokumen berikut hendaklah dikemukakan:
- Borang Permohonan Capaian SPEKS – SPEKS01
(Lengkap ditandatangani oleh pemohon dan Pengesahan tandatangan Ketua Jabatan)
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Kuasa AP101/ Kuasa Pemungut/ Kuasa Menguruskan PWR
Tabung Amanah
N9Pay
Pendaftaran adalah mudah. Hanya klik butang 'Log Masuk/Daftar' di laman utama dan mula mengisi butiran anda
Ya anda boleh! Selepas pendaftaran berjaya, anda akan menerima e-mel pengesahan yang menyatakan akaun anda telah aktif. Dengan ini, anda boleh mula menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal N9PAY.
Dengan portal N9PAY, anda tidak perlu mengakses portal berbilang agensi untuk membuat pembayaran bil anda. Anda boleh membayar bil anda kepada pelbagai agensi yang mengambil bahagian seperti:
- Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
- Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Sembilan
- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
- Majlis Bandaraya Seremban
- Majlis Perbandaran Port Dickson
- Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)
Tambahan pula, anda boleh memudahkan pengalaman pembayaran anda dengan beberapa ciri lain seperti mendaftarkan akaun penerima kegemaran anda, menyemak bil semasa anda dan menyemak status transaksi terdahulu anda dalam tempoh 3 bulan yang lalu.
Ya, anda boleh menukar kata laluan bila-bila masa yang menggunakan ciri-ciri yang disediakan dalam bahagian profil pengguna.Anda boleh meminta kata laluan baru melalui portal N9PAY sekiranya anda terlupa kata laluan semasa anda. Kata laluan baharu akan direset dengan OTP dihantar kepada anda ke alamat emel yang didaftarkan.
Tidak boleh. ID pengguna yang telah berdaftar akan digunakan setiap kali anda log masuk ke portal N9PAY.
Sila rujuk pada bil semasa yang anda terima dari agensi masing-masing. Nombor akaun atau nombor bil adalah berbeza antara satu sama lain. Sila hubungi wakil agensi-agensi masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bil anda.
Anda boleh membut pertanyaan / aduan / cadangan / penghargaan di Bahagian Aduan di dalam Portal N9PAY. Segala mesej dan maklum balas akan dimajukan kepada agensi masing-masing.
Maklum balas terhadap aduan/pertanyaan akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja setelah aduan/pertanyaan diterima dan penyelesaian akan disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja.
Tiada bayaran akan dikenakan untuk aduan/pertanyaan yang dikemukakan.
Financial Process Exchange (FPX) adalah saluran bayaran alternatif untuk pelanggan-pelanggan membuat bayaran dan pembelian secara atas talian seperti melalui laman web.
FPX memanfaatkan perkhidmatan dengan bank-bank yang terlibat dengan Perbankan Internet dan menyediakan proses pembayaran atas talian yang cepat, selamat, boleh dipercayai dan dalam masa nyata (real time). FPX menyediakan transaksi perniagaan end-to-end yang lengkap, rekod pembayaran, dan proses reconcilation yang dipermudahkan serta mengurangkan risiko kerana pergerakan dana adalah diantara institusi-institusi kewangan yang telah ditubuhkan. FPX juga menggunakan pengesahan dan pensijilan untuk memastikan transaksi yang dilakukan adalah selamat.
Pada masa ini, terdapat 16 bank yang terlibat:
- Bank Islam
- Maybank
- Hong Leong
- Public Bank
- CIMB Bank
- Bank Rakyat
- UOB Bank
- Standard Chartered Bank
- BSN
- Bank Muamalat
- Alliance Bank
- Affin Bank
- AmBank
- OCBC Bank
- HSBC Bank
- RHB Bank
Tiada pendaftaran yang diperlukan berkaitan dengan FPX.
Anda perlu mempunyai satu akaun perbankan internet dengan bank-bank terlibat seperti yang disebutkan di atas.
Perkhidmatan FPX boleh didapati dari 1:00 pagi hingga 12:00 tengah malam setiap hari, tujuh hari seminggu, 365 hari setahun. Walau bagaimanapun, Perkhidmatan FPX juga bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan Internet Banking oleh bank-bank yang terlibat.
Pada masa ini, had transaksi untuk B2C ditetapkan pada RM30,000.00 setiap transaksi, manakala had untuk B2B ditetapkan pada RM1,000,000.00 bagi setiap urus niaga. Agensi-agensi tertentu juga akan menghadkan jumlah maksimum bagi pembayaran pada satu-satu bil. Sila rujuk agensi anda untuk maklumat lanjut.
Sekiranya transaksi berjaya, akaun agensi akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja. Sekiranya ia masih tidak dikemaskini, sila hubungi pegawai di agensi masing-masing untuk semakan pada akaun anda.